Hubungan As-Sunnah Dengan Al-Qur’an



Ditinjau Dari Hukum Yang Ada Maka Hubungan As-Sunnah Dengan Al-Qur’an, Sebagai Berikut :As-Sunnah berfungsi sebagai penguat hukum


Dengan demikian hukum tersebut mempunyai dua sumber dan terdapat pula dua dalil. Yaitu dalil-dalil yang tersebut di dalam Al-Qur’an dan dalil penguat yang datang dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. berdasarkan hukum-hukum tersebut banyak kita dapati perintah dan larangan. Ada perintah shalat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, ibadah haji ke Baitullah, dan disamping itu dilarang menyekutukan Allah, menyakiti kedua orang tua serta banyak lagi yang lainnya. 

As-Sunnah itu berfungsi sebagai penafsir atau pemerinci 


Sebagai penafsir atau pemerinci hal-hal yang disebut secara mujmal dalam Al-Qur’an, atau memberikan taqyid, atau memberikan takhshish dari ayat-ayat Al-Qur’an yang muthlaq dan ‘am. Karena tafsir, taqyid dan takhshish yang datang dari As-Sunnah itu memberi penjelasan kepada makna yang dimaksud di dalam Al-Qur’an.Dalam hal ini Allah telah memberi wewenang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk memberikan penjelasan terhadap nash-nash Al-Qur’an dengan firman-Nya.

“Artinya : .Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan”. [An-Nahl : 44]

Diantara contoh As-Sunnah men-takhshish Al-Qur’an adalah :

“Artinya : Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu, Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan“. [An-Nisaa : 11]

Ayat ini ditakhshish oleh As-Sunnah :

para nabi tidak boleh mewariskan apa-apa untuk anak-anaknya dan apa yang mereka tinggalkan adalah sebagai sadaqah. tidak boleh orang tua kafir mewariskan kepada anak yang muslim atau sebaliknya, dan.. pembunuh tidak mewariskan apa-apa [Hadits Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah]

As-Sunnah Mentaqyid Kemutlakan Al-Qur’an. 

“Artinya : Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya..” [Al-Maidah : 38].

Ayat ini tidak menjelaskan sampai dimanakah batas tangan yang akan di potong. Maka dari As-Sunnahlah di dapat penjelasannya, yakni sampai pergelangan tangan. (Subulus Salam 4 : 53-55)

As-Sunnah Sebagai Bayan Dari Mujmal Al-Qur’an. 

Menjelaskan tentang cara shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Shalatlah sebagaimana kalian melihatku shalat“. [Hadits Riwayat Bukhari]

Menjelaskan tentang cara haji Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Ambillah dariku tentang tata cara manasik haji kamu“. [Hadits Riwayat Muslim].

Dan masih banyak lagi ayat-ayat yang perlu penjelasan dari As-Sunnah karena masih mujmal.

As-Sunnah menetapkan dan membentuk hukum-hukum yang tidak terdapat di dalam Al-Qur’an. 

Diantara hukum-hukum itu ialah tentang haramnya keledai negeri, binatang buas yang mempunyai taring, burung yang mempunyai kuku tajam, juga tentang haramnya mengenakan kain sutera dan cincin emas bagi kaum laki-laki. Semua ini disebutkan dalam hadits-hadits yang shahih.

Dengan demikian tidak mungkin terjadi kontradiksi antara Al-Qur’an dengan As-Sunnah.

Imam Syafi’i berkata : “Apa-apa yang telah disunahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang tidak terdapat pada Kitabullah, maka hal itu merupakan hukum Allah juga. Sebagaimana Allah mengabarkan kepada kita dalam firman-Nya.“Artinya : .Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (Yaitu) jalan Allah yang kepunyaan-Nya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah, bahwa kepada Allahlah kembali semua urusan”. [Asy-Syuura : 52-53].

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menerangkan hukum yang terdapat dalam Kitabullah, dan beliau menerangkan atau menetapkan pula hukum yang tidak terdapat dalam Kitabullah. Dan segala yang beliau tetapkan pasti Allah mewajibkan kepada kita untuk mengikutinya. Allah menjelaskan barangsiapa yang mengikutinya berarti ia taat kepada-Nya, dan barangsiapa yang tidak mengikuti beliau berarti ia telah berbuat maksiat kepada-Nya, yang demikian itu tidak boleh seorang mahlukpun melakukannya. Dan Allah tidak memberikan kelonggaran kepada siapapun untuk tidak mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. [Ar-Risalah hal. 88-89]


Ibnul Qayyim berkata : “ Adapun hukum-hukum tambahan selain yang terdapat di dalam Al-Qur’an, maka hal itu merupakan tasyri’ dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang wajib bagi kita mentaatinya dan tidak boleh kita mengingkarinya. Tasyri’ yang demikian ini bukanlah mendahului Kitabullah, bahkan hal itu sebagai perwujudan pelaksanaan perintah Allah supaya kita mentaati Rasul-Nya. Seandainya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak ditaati, maka ketaatan kita kepada Allah tidak mempunyai arti sama sekali. Karena itu kita wajib taat terhadap apa-apa yang sesuai dengan Al-Qur’an dan terhadap apa-apa yang beliau tetapkan hukumnya yang tidak terdapat di dalam Al-Qur’an.Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman :

“Artinya : Barangsiapa taat kepada Rasul berarti ia taat kepada Allah”. [An-Nisaa : 80].

     

 

[Disalin dari buku Kedudukan As-Sunnah Dalam Syari'at Islam oleh Yazid Abdul Qadir Jawas, terbitan Pustaka Al-Kautsar]

« Sunnah Hasanah dan Sunnah Sayyiah Pokok pokok Sunnah Menurut Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah » 








SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM

Pembahagian Dan Penjenisan Sumber Perundangan Islam

Ada dua kumpulan sumber perundangan Islam. iaitu :

1. Sumber-sumber asas 

o Al Quranul Karim 

o As Sunnatun Nabawiyah 

2. Sumber-Sumber tafsiran. 

o Yang disepakati oleh sebahagian ulamak Islam. iaitu 

Al Ijma' 

Al Qiyas 

o Yang dipertikai oleh sebahagian ulamak, iaitu : 

Al Istihsan 

Al Masolehul Mursalah 

Al 'urf 

Syariat yang terdahulu 

Mazhab sahabat Rasulullah s.a.w. 

Al istishab 

Az Zara-i' 

Dalil sumber-sumber asas

Di antara dalil mengenai sumber-sumber asas tersebut adalah sebagai berikut :

[Surah An Nisa' : 59]



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً 

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikannya kepada Allah ( Al Quran ) dan Rasul (Sunnah); jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik bagi akibatnya."

 

[Suran Al hasry:7]

 



مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ

 وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 

"Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah ia. Dan apa yang terlarang bagimu maka tinggalkanlah ; dan bertaqwalah kepada Allah. sesungguhnya Allah amat keras hukumannya." 

 

"Ku lihat untuk dua perkara, tidaklah kamu alan tersesat selamanya selagi kamu masih berpegang kepada kedua-duanya; iaitu kitabullah dan sunnahnya (rasulnya)." [Al-Hadith]

Maksud Al-Quran

Al-Quran ialah : 'Kalamullah yang merupakan mu'jizat, yang diwahyukan kepada Rasulnya Muhammad S.A.W yang dimaktubkn ke dalam mushaf, yang dipindahkan secara mutawatir kepada seluruh manusia dengan lafaz serta makna melalui bahasa 'Arab dan pembacaan dijadikan 'ibadah'.

Huraian Ringkas

Diantara perkara perkara yang penting yang diperolehi daripada maksud Al Quran tadi ialah : 

Al-Quran ialah kalamullah kepada Rasulnya Muhammad S.A.W.

Al-Quran ialah kalamullah yang dimaktubkan ke dalam mushaf melalui bahasa 'Arab. Sebarang bentuk penafsiran dan perterjemahan walau dalam apa jua bahasa bukanlah Al-Quran,

Al-Quran ial;ah yang dijadikan ibadah bila dibaca.

Al-Quran adalah suatu mu'jizat yang tidak dapat ditiru dan dicabar oleh mana-mana jua kuasa yang terdahulu mahupun yang kemudian.

Peringkat Al-Quran diturunkan

Ada tiga peringkat Al-Quran diturunkan, iaitu : 

Dari Allah S.W.T ke Lauhil Mahfuz. Peringkat ini Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.

Dari lauhil mahfuz ke Baitil 'Izzah. Peringkat ini juga Al-Quran diturunkan sekaligus kesemua ayat dan surah.

Dari Baitil 'Izzah kepada Rasulullah yang bermula pada 17 Ramadhan ketika baginda berada dalam gua Hirak.Pada peringkat ini Al-quran diturunkan sedikit sedikit selama 22 tahun 2 bulab 22 hari. Di antara hikmah diturunkan begitu ialah;

o Agar mudah dimergertikan dan dilaksanakan oleh manusia ketika itu.

o Untuk menyesuaikan dengan peristiwa yang berlaku

o Untuk memudahkan penghafalan

o Untuk menatapkan hati Rasulullah S.A.W

Keadaan Rasullulah ketika menerima wahyu

Ada bermacam keadaan Rasulullah menerima wahyu. Antaranya : 

Malaikat memasukkan wahyu itu kedalam hati baginda. Keadaan begini, Rasulullah tidak melihat suatu apapun. Baginda hanya terus merasakan bahawa wahyu itu telahpun berada dalam hatinya.

Malaikat menampakkan dirinya dalam bentuk yang asal di hadapan Rasulullah.

Malaikat menampakkan dirinya sebagai seorang lelaki dan mengucapkan wahyu kepada Rasulullah sehingga baginda mengetahui, memahami dan menghafaznya.

Wahyu disampaikan bagai gemercingan loceng. Keadaan beginilah yang paling berat dirasakan baginda, sehingga keningnya berpeluh kasar walaupun dimusin dingin. Kadangkala baginda merasai ditimpa gering yang tersangatan. Dan kadang kala unta yang sedang dinaikinya terpaksa berhenti dan duduk kerana turut merasakan beratnya.

Pembahagian dan Perbezaan

Ayat ayat suci Al-Quran

Ada dua kumpulan ayat-ayat surah-surah Al-Quran, iaitu : 

Makkiyah :Ayat ayat yang diturunkan semasa baginda belum berhijrah ke Madinah.

Madaniyah : Ayat-ayat yang diturunkan semasa baginda telah berpindah ke Madinah.

Perbezaan antara kedua kumpulan tersebut amat sukar dikesani secara sambil lalu saja. Namun, panduan berikut adalah diantara cara mengenalinya : 

Ayat ayat Makkiyah selalunya pendek pendek. Manakala ayat Madaniyah biasanya panjang-panjang.

Ayat Makkiyah umunnya mengenai aqiqah, akhlaq, kesan kesan umat yang terdahulu dan ancaman dosa serta ganjaran pahala.

Ungkapan bahasa Makkiyah kadangkala terdapat rangkaiankata 'Ya aiyuhannas' dan ' Ya bani Adam'. manakala ayat Madaniyah sering disertai ungkapan 'Ya aiyuhalazina ammanu' dan tidak 'Ya aiyu hannas' kecuali dalam tujuh ayat sahaja, iaitu :

o Dua ayat dalam Al-Baqarah ( ayat : 21 dan 168)

o Empat ayat dalam An-Nisak (ayat : 1, 133, 170 dan 174)

o Satu ayat dalam Al-Hujarat (ayat : 13 ).

Setiap surah yang ada sajdah adlah Makkiyah, kecuali yang dalam surah Al-Hajj.

Setiap surah yang ada disebutkan adalah Makkiyah.

Penulisan dan pengumpulan Ayat-Ayat Al-Quran .

Semasa hayat Rasulullah, ayat ayat Al-Quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf seperti hari ini. Sungguhpun begitu, ianya dipelihara melalui : 

Hafalan Rasulullah S.A.W.

Hafalan para sahabat.

Catitan para penulis diatas kepingan batu, kekulit binatang, keketulan tulang dan pelepah tamar.

Diantara penulis penulis itu ialah : 

'Ali bin Abi Tolib.

Uthman al Afan.

Zaid bin Thabit.

Pengumpulan peringkat pertama

Pengumpulan kali pertama dibuat pada zaman Khalifah Abu Bakar ra, iaitu hasil cadangan dari Sy. Omar ra. Ini disebabkan ramainya para huffaz yang terkorban dalam peperangan Yamamah. Menurut riwayat, tidak kurang dari 70 huffaz yang terbunuh.Orang yang ditugaskan untuk mengumpulkan ayat ayat Al-Quran itu ialah Zaid b. Thabit. Setelah selesai pengumpulannya, lalu diikat dengan benang dan diserahkan kepada Sy. Abu bakar r.a untuk dijaga. Mushaf pertama dipelihara oleh Sy. Abu BAkar hingga wafatnya. Kemudian kepada jagaan Sy.Omar dan pabila beliau wafat ia berpindah kepada jagaan puterinya Hafsah (isteri Rasulullah)

Pengumpulan peringkat kedua

Dimasa pemarintahan Osman b Affan, berlaku perselisihan dalam cara pembacaan Al-quran dikalangan orang Islam dinegeri Syam dan Iraq .Orang pertama yang mengambil perhatian itu ialah sahabat Huzaifah Al-Yaman, Beliau telah mencadangkan agar mushaf yang ada pada Sydt. Hafsah itu dipinjamkan dan disalin hingga beberapa naskah dan kemudian dihantar kesetiap ibu negeri wilayah Islam ketika itu. Lalu Sy. Osman memerintahkan perlaksanaannya kepada : 

Zaid ibnu Thabit r.a

Abdullah ibnu Zubair r.a

Sa'id bin 'Ash r.a

Abdur Rahman B. Harith r.a.

Pengumpulan kali ini memakan masa sekira enam tahun, iaitu antara tahun 24-30 hijrah (650-655 M). Bila selesai penyalinan dan pengumpulannya maka empat naskah dikirimkan ke Mekah,Syria, Bashrah dan Kufah. Manakala senaskah diserahkan kepada Sy. Osman sebagai jagaan, panduan danrujukan. Inilah yang dikenali sebagai Mushaful Iman. Selepas dari tarikh itu semua naskah persendirian dibakar untuk mengelakkan dari perselisihan.

Naskah Mushaful Iman adalah dijaga oleh Sy. Osman dan sepenuhnya hingga sewaktu sewaktu beliau dibunuh darahnya mengalir / menbasahi ayat yang sedang dibacanya:

( Al-Baqarah : 137)



فَإِنْ آمَنُواْ بِمِثْلِ مَا آمَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ 

 

Menurut ahli sejarah bahawa naskah ini berpindah kepada raja-raja bani Umawiyah, kemudian ke andalus, ke Masjid Jame' Cordova. ke Fez (ibu negeri Moroko), Ke Bashra dan ke Tiberiz. Khabarnya dalam tahun 1904 orang-orang Islam di Rusia pernah menemui naskah tersebut dalam longgokan buku-buku Islam dari Bukhara. Ada juga yang mendakwa, bahawa ianya tetap berada di salah sebuah perpustakaan di India.

Pemeliharaan ayat ayat Al-quran.

Sungguhpun ayat ayat Al-Quran dikumpulkan sedemikian cara, tetapiianya tetap tulin dan asli. Sebarang usaha pemalsuannya tetap diketahui oleh orang orang Islam, kerana ianya; 

Dipelihara oleh para huffaz yang ramai bilangannya didunia ini.

Mu'jizat yang tidak dapat ditiru, diroboh dan dicabar oleh sesi apa, apa-apa, dimana dan bila bila juapun.

Dibawah pemeliharaan yang Empunya, iaitu Allah S.W.T

(Al Hijr : 9)



إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ 

 

 

Kandungan Al-Quran

Al-quran adalah sumber pertunjuk bagi seluruh manusia untuk semua bidang kehidupan dan keperluan mereka. Samada untuk hidup didunia ini atau bekalan akhirat kelak. Maka itulah Al-quran mengandungi serbanika pengajaran dan pelajaran melalui sejarah lampau , peristiwa semasa dan keadaan akan berlaku. Al-Quran juga mengandungi berita baik, ancaman dosa, tawaran pahala, sindiran, kutukan dan sebagainya. Bila dilihat dari sudut ilmu pula, Al-Quran mengandungi berbagai prinsip ilmu; samada yang telah diketahui manusia mahupun yang belum pernah diketahui.

Sebagai contoh mengenai prinsip-prinsip ilmu : 

Ilmu jiwa : Diantara firman Allah mengenainya :

"Demi bumi Kami bentangkan apa yang menyempurnakannya, maka diilhamkan Allah kepadanya (jalan ) yang salah dan yang benar. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan (jiwa)nya dan rugilah orang yang mengotorinya."

( Asy Yams : 7-10)

Ilmu bumi dan ilmu alam, diantara firmannya ialah :

"Dan bumi Kami bentangkan dan Kami letakkan diatasnya gunung gunung dan Kami tumbuhkan diatasnya segala macam (tanaman ) yang indah permai."

(Qaaf : 7-8)

"Dan Kami jadikan antara mereka dengan negeri yang Kami berkati padanya, iaitu beberapa kota yang mudah kelihatannya, dan kami buatkan disana (batas batas) perjalanan."

(Sabak : 18)

Ilmu haiwan : , diantara firman-Nya ialah:

"Dan sesungguhnya bagi kamu tentang kehidupan haiwan ternak itu menjadi pelajaran. Kami beri minum kamu dengan apa yang ada dalam perutnya, diantara tahi dan darah ; dan didapati susu yang bersih dan sedap bagi mereka yang meminumnya ."

(An Nahl : 66)

Ilmu tumbuh tumbuhan : diantara firman-Nya :

(Yaasin : 38-40)



وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ 

لَا الشَّمْسُ يَنبَغِي لَهَا أَن تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 

"Dan diatas bumi ini terdapat beberapa bahagian (negeri) yang berdekatan, kebun anggur, tanam tanaman dan pohon korma yang berumpun dan tidak berumpun, disiram dengan air yang sama dan Kami lebihkan buahnya dari yang lain. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda tanda (kekuasaan) Allah bagi kaum yang berfikir."

 

Bidang hukum dalam Al-Quran

Dari sudut hukum yang berhubung dengan perlakuan manusia, Al-Quran mengandungi tiga kumpulan hukum yang terpenting:

Kumpulan I : Hukum-hukum Aqidah

Kumpulan II : Hukum-hukum Akhlaq dan

Kumpulan III : Hukum -hukum 'Amaliyah yang merangkumi :

o 'Ibadat - ibadat Khassoh dan 

o Mu'amalat yang mencakupi pelbagai jenis :-

Hukum hukum kekeluargaan 

Hukum hukum keharataan dan ekonomi

Hukum hukum acara dan keadilan

Hukum hukum jenayah

Hukum hukum kenegaraan dan pentadbiran 

Hukum hukum politik dan hal semasa antarabangsa

Hukum hukum yang lain-lainnya.

Jenis jenis lafaz dan nas Al-Quran

Lafaz dan nas Al Quran dapat dibahagikan kepada beberapa jenis yang dipandang dari beberapa sudut tertentu. Antaranya :

Sudut kandungan makna

Sudut kandungan hukum

Dari sudut kekuatan hukum

Dari sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua:

Qath'ie : Nas yang menunjukkan ke atas satu makna tertentu yang difahami dan tiada sedikitpun kemungkinan yang menunjukkan keatas makna lain.

Dzannie : Nas yang menunjukkan keatas satu makna yang difahami maknanya tetapi berkemunkinan jua menunjukkan kepada satu makna yang lain. Contohnya ialah : Setiap nas yang am, nas yang mutlaq dan lafaz yang musytrak.

Dari sudut kandungan makna 

Dari sudut ini, lafaz Al-Quran terbahagi kepada dua jenis

Lafaz yang am : Lafaz yang menunjukkan ke atas sesuatu yang merangkumi seluruh kandungan yang tidak terbatas. Jenis ini terbahagi pula kepada tiga :

o Am yang memang dimaksudkan

o Am yang dikehendaki pengkhususannya

o Am yang dikhususkan

Lafaz yang khas : Lafaz yang menunjukkan ke atas satu atau lebih tetapi terhad. Jenis ini terbahagi kepada empat kumpulan :

o Mutlaq : Yang menunjukkan ke atas satu tertentu tanpa pembatasan secara lafaz.

o Muqaiyad : Yang menunjukkan keatas satu yang tertentu dengan pembatasan secara lafaz.

o Amar : Suruhan agar melakukan sesuatu yang tertentu.

o Nahy : Larangan dari melakukan sesuatu yang tertentu.

Pengertian dan pembahagian As Sunnatun Nabawiyah

As Sunnatun Nabawiyah ialah setiap perkataan dan pengakuan yang lahir daripada Rasulullah S.A. W ianya terbahagi kepada tiga: 

Sunnah Qauliyah @ Hadith

Sunnah Fi'liyah dan

Sunnah Taqririah (pengakuan)

Perjenisan Sunnah Qualiyah

Ianya terbahagi kepada tiga : 

Mutawir : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh sekumpulan ramai yang tidak diragui tentang kebenaran, kejujuran dan keluruhan peribadi mereka. Dan diriwayatkan pula dari mereka ini oleh sekumpulan ramai yang lain yang keadaan mereka jua sama dengan keadaan kumpulan ramai yang pertama. Kemudian diriwayatkan pula dari kumpulan ramai yang akhir ini oleh sekumpulan yang ramai yang lain yang mempunyai keadaan sama.

Masyur : Yang diriwayatkan dari rasulullah oleh seorang atau dua orang atau kumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka oleh sekumpulan yang ramai yang diriwayatkan pula dari kumpulan ini oleh sekumpulan yang lain.

Aahad : Yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh seorang atau dua orang atau sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka ini oleh sekumpulan yang tidak ramai, yang diriwayatkan pula darinya atau dari mereka ini oleh kumpulan yang ramai atau seorang yang tidak ramai atau seorang atau dua orang dan begitu seterusnya.

Dari segi sanad jua disebutkan hadith hadith yang tertarap : 

Soheh

Hasan

Dho'if

Mauquf

Mutashil

Maqthu'

Mursal

Mu'Adhdhal

Penjenisan ini adalah berdasarkan kepada sudut tertentu yang perbahasanya ada didalam ilmu musthalahul hadith.

Pembahagian dan penjenisan Sunnah Fi'liyah

Sunnah Fi'liyah terbahagi dua bahagian. Iaitu: 

Perbuatan melakukan sesuatu

Perbuatan tidak melakukan sesuatu

Perbuatan melakukan sesuatu ada tiga jenis 

Jenis Tabi'iy : Hukum perbuatan ini adal;ah harus. Tetapi sesetengah setengah perbuatan itu adalah sumber hukum.

Jenis kekhususan : Setengah dari perbuatan jenis ini menjadi sumber hukum.

Jenis Tasyri' : Kesemua perbuatan ini adalah menjadi sumber hukum.

Perbuatan tidak melakukan sesuatu ada dua jenis: 

Semata-mat tidak melakukan. Samada :

o Ada dorongan untuk dilakukan, tetapi baginda tidak melakukan, atau

o Tiada dorongan untuk melakukannya semasa hayat baginda, tetapi ada dorongan selepas baginda wafat.

Tidak melakukan sesuatu kerana sesuatu sebab atau sesuatu halangan tertentu. Samada :

o Khas bagi Rasulullah S.A.W sahaja

o Tabi'iy baginda, atau

o Pertimbagan tertentu.

Pembahgian Sunnah Taqririyah

Sunnah Taqririyah terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu: 

Mengiakan sesuatu perkataan

Mangiakan sesuatu perbuatan, dan

Mendiamkan diri mengenai sesuatu.

Pengumpulan dan pembukaan Hadith

Semasa hayat Rasulullah S.A.W, baginda melarang penulisan hadith-hadith kerana dikhuatiri bercampur dengan ayat ayat Al-Quran yang masih dalam proses penurunannya. Oleh itu, apa yang disabdakan oleh baginda, hanya dihafal dan diingati dikepala sahaja.

Tetapi setelah baginda wafat, maka keperluan untuk mengumpulkan dan membukukan hadith-hadith amatlah mendesak. Diantara sebab-sebabnya ialah : 

Ayat ayat Al-Quran telah sempurna diturunkan. Maka wahyu tidak akan diturunkan lagi buat selama-lamanya.

Rasulullah S.A.Wsebagai tempat rujuk hukum telah pun wafat.

Hadith-hadith baginda sendiri adalah sumber kedua ajaran dan hukum hukum Islam.

Berlaku gerakan mencipta palsukan Hadith hadith oleh golongan jahat, terutamanya oleh orang orang Yahudi.

Oleh yang demikian, 'Umar bin Abd Aziz selaku ketua negara dan umat Islam (99-111H @ 717-720 M), telah mengarahkan gabenornya di Madinah, iaitu Abu Bkar 'Umru B. Hazam supaya menulis hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Tetapi setelah beliau menulis beberapa buku hadith dan belum sempat menyerahkannya kepada baginda, Khalifah Umar B. Abdul Aziz telah wafat.

Dari semenjak itulah muncul pengumpul-pengumpul hadith, seperti : 

Ibnu Juraij di Mekah (wafat 772M)

Muhammad B. Ishaq di Madinah (wafat 773M)

Malik B. Anas di Madinah (wafat 179M)

Rabi' B. Shubaih di Basrah (wafat 728M)

Sa'id B. Abi Urubah di Basrah (wafat 778M)

Himad B. Salamah di Basrah (wafat 798M)

Sufyan Ats-Tsauri di Kufah (wafat 798M)

Abu Umru Abdur Rahman B. Umru Asy-Syami yang lebih dikenali sebagai Iman Az-Auza'iy di Syam (88-157H)

Qasim Abi Bakar (wafat 740M)

Muhammad B. MuslimAz-Zuhri (wafat 746M)

Pada peringkat awal pengumpulan hadith ini, masih bercampur dengan fatwa-fatwa sahabat. Oleh itu, tampillah penulis yang menulis hadith dari riwayat-riwayat atau musanid, iaitu: 

Abdullah B. Musa Al-Abasiy di Kufah

Musaddad B. Musarhad di Basrah

Naim B. Hamad Al-Khuza'iy di Mesir

Ahmad B. Hambal.

Penulisan dari segi masaniq ini ialah dengan meletakkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh tiap-tiap sahabat secara berasingan tanpa menurut bahagian-bahagian tertentu.

Kitab kitab Hadith Shoheh

Diantara kitab kitab hadith yang ditulis, ada enam buah yang paling terkenal dikalangan semua ulamak, yang disebut olehumat Islam Sunan Sittah. Iaitu: 

Shoheh Bukhari : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Ismail Al-Bukhari Al- Jusfi @ Iman Bukhari (wafat256H)

Shoheh Muslim : Ditulis oleh Muslim B. Al - Hajjaj Al- Qusyariy An-Nisaburi @ Iman Muslim (wafat 261H)

Sunan Abi Daud : Ditulis oleh Abu Daud Sulaiman B. Al-Asy'Ats As-Sajastaniy (wafat 275H)

Sunan Tarmizi ; Ditulis oleh Abu Isa Muhammad B. Isa As-Salami At- Tarmizi (wafat 279H)

Sunan Ibni Majah : Ditulis oleh Abu Abdillah Muhammad B. Yazid Al- Qazawain @ Ibni Majah (wafat 273H)

Sunan Nasaiy : Ditulis oleh Abu Abdir Rahman Ahmad B. Syunil An-Nasaiy ( wafat 303 H)

Selain daripada mereka yang tersebut diatas tadi, ada banyak lagi ahli-ahli yang terkenal juga dikalangan Ulamak Islam. Antaranya : 

Ibnu Hibban : Iaitu Muhammad B. Hibba Al-Bastiy

Dar Qathiy : Iaitu Abul - Hasan Ali B. Umar.

Al-Haakim : Iaitu Muhammad B. Abdillah Na'im Adh - Dhabi An- Nisaburiy.

Hadith Qudsi

Hadith ialah yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W.mengenai sesuatu dari Allah S.W.T. Ianya diilhamkan kepada baginda semasa tidur atau ketika jaga secara makna sahaja, sedangkan lafaz disusun sendiri oleh rasulullah S.A.W dan bukan mukjizat.

Hadith Qudsi ini mengenai sesuatu yang biasanya menyentuh perasaan perasaan manusia, galakan galakan agar berakhlak mulia, bersifat dengan sifat sifat utama lagi terpuji, rindukan Allah S.W.T dan takutkan azabnya yang amat dasyat.






Komentar

Postingan populer dari blog ini

cerita Untuk sahabat…

tips n trik mengirim cerpen ke media cetak

kaya dengan rukun islam